Shigeru Miyamoto
Shigeru Miyamoto

Shigeru Miyamoto


Shigeru Miyamoto[lower-alpha 1] (disebut [mijamoto ɕiɡeɾɯ]; dilahirkan pada November 16, 1952)[3] merupakan pereka bentuk, penerbit dan pengarah permainan video Jepun di Nintendo, di mana dia bekerja sebagai salah satu pengarah perwakilan. Dia merupakan pencipta bagi beberapa francais permainan video yang dikatakan terbaik dan terlaris sepanjang masa, seperti Mario dan The Legend of Zelda.Dilahirkan di Sonobe, Jepun, dia lulus dari Kolej Seni Perindustrian Perbandaran Kanazawa. Pada awalnya, dia mencari kerjaya sebagai artis manga, sehinggalah dia membina minat dalam permainan video. Dengan bantuan ayahnya, dia memasuki Nintendo pada tahun 1977 setelah menarik perhatian presiden ketika itu, Hiroshi Yamauchi dengan mainannya.[4] Dia menjadi artis pertama syarikat dan membantu mencipta seni untuk permainan arked Sheriff,[5] dan kemudian ditugaskan untuk mencipta sebuah unit arked baru untuk syarikat itu. Ini akhirnya membawa kepada permainan 1981 Donkey Kong.Miyamoto kemudian mencipta Super Mario Bros dan Legend of Zelda, yang menjadi kejayaan besar untuk Nintendo Entertainment System (NES). Permainan ini membantu Nintendo dan NES untuk menguasai pasaran permainan konsol, terutamanya selepas krisis permainan video pada tahun 1983. Permainannya telah menjadi andalan di setiap konsol permainan video Nintendo, dari mesin arked pada akhir 1970-an hingga sekarang. Dia menguruskan bahagian perisian Entertainment Analysis & Development Nintendo, yang mencipta banyak hak milik pihak pertama syarikat. Akibat kematian presiden Nintendo Satoru Iwata pada bulan Julai 2015, Miyamoto mengambil alih peranan sebagai pemangku presiden bersama Genyo Takeda sehingga secara rasminya dilantik sebagai "Rakan Kreatif" syarikat itu beberapa bulan kemudian.[6]

Shigeru Miyamoto

Pekerjaan
  • Pereka bentuk permainan
  • penerbit permainan
  • pengarah permainan
Pangkat Pengurus Utama Nintendo EAD (1984–2015)
Pengarah Pengurusan Kanan Nintendo (2002–2015)
Pengarah Perwakilan Nintendo (2002–kini)
Rakan Nintendo (2015–kini)[1]
Pasangan Yasuko Miyamoto
Anak 2
Anugerah AIAS Anugerah Hall of Fame (1998)[2]
BAFTA Fellowship (2010)
Tokoh Kebajikan Budaya (2019)
Majikan Nintendo (1977–kini)
Karya terkenal
Kelahiran (1952-11-16) 16 November 1952 (umur 68)
Pusat pendidikan Kolej Seni Kanazawa

Rujukan

WikiPedia: Shigeru Miyamoto http://www.gamesindustry.biz/articles/miyamoto-nom... http://www.next-gen.biz/features/nintendo-years http://www.1up.com/do/feature?cId=3135350 http://www.1up.com/features/essential-50-ocarina-t... http://www.1up.com/news/ocarina-time-hits-virtual-... http://www.1up.com/reviews/legend-zelda http://www.armchairempire.com/Interviews/jez-san-i... http://www.cnn.com/2007/WORLD/asiapcf/02/14/miyamo... http://www.danielpemberton.com/shigerumiyamoto.htm... http://www.escapistmagazine.com/news/view/92401-Mi...